Tuesday, 14 October 2014

Nasi Daging

Assalamuaikum...

Hai, today i ollz nak kongsi resepi nasi daging. Kerajinan terjadi apabila teringat nasi daging "mak mertua tak jadi" (gedixx) dan juga daging korban yang ada tu.. --> daripada membeku nanti baik buat terus..HeHe..Actually tak expert pun bab-bab hal dapur ni...main campak je. HiHi..Hasil men"goggle" sana sini. Maka terhasilnya NASI DAGING..jom check it out..

PERKARA PERTAMA : Rebus daging!! Sebabnya daging mentah ni lambat nak empuk. Ambil masa. So rebus la daging dulu then baru buat benda lain.

Tengah masak. 

Ni ropenye Nasi Daging i ollz..

NASI DAGING

Bahan-bahan :
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
3 cawan beras
1 paket perencah nasi daging / rempah kurma (mana-mana 1)
Daging (agak-agak la ye..kalau rasa nak byk, byk kan la)
Bunga lawang & Kulit kayu manis (serba satu sahaja untuk menumis)
Air rebusan daging secukupnya mengikut jumlah sukatan beras

Cara-cara :
1. Rebus daging sehingga empuk dan asingkan air rebusan tersebut untuk memasak nasi daging nanti. *jangan buang erk.
2. Basuh beras hingga bersih dan rendamkan 10-15minit.
3. Bancuh perencah nasi daging / rempah kurma tadi dengan sedikit air *jadi pes
4. Dalam periuk (periuk lain bukan rice cooker), panaskan 8 sudu minyak masak, then tumiskan bawang besar, halia, bunga lawang serta kulit kayu manis.
5. Masukkan perencah yang dibancuh tadi. *tumis sampai naik bau ye.
6. Masukkan air rebusan daging (ikut sukatan beras ye, mcm kita masak nasi biasa tapi lebihkan sikit airnya sebab nanti ada daging sekali), kacau sebati dan tunggu hingga mendidih.
7. Selepas mendidih, pindahkan kesemua bahan-bahan tadi masukkan dalam rice cooker. Kemudian masukkan beras dan daging rebus (daging potong kecik dlm 1 1/2 inci cmtu). Kacau then biarkan nasi tu masak macam biasa.
8. Bila nasi tu dah masak, biarkan dalam 15 minit then gemburkan menggunakan garfu.
9. Okeh siap..untuk dihidang, taburkan bawang goreng dan juga sup dan daun bawang.. *yang ni ceQ skip. 



Tadaa...air asam terbaik. *perasan siott..**

AIR ASAM

Bahan-bahan :
3 biji bawang besar dipotong
3 biji tomato dipotong
*10-15 biji cili padi
*2-3 biji cabai merah
*1 cawan air asam jawa
*2 sudu makan kerisik
*1 1/2 inci Belacan (boleh dilebihkan untuk lebih uummphh..HiHi)
*Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
1. Semua bahan bertanda * dikisar hingga sebati.
2. Then tuangkan je bahan dikisar tu ke dalam mangkuk yang berisi bawang besar dan juga tomato

#Air asam ni akan menghasilkan air asam yang banyak sesuai untuk penggemar air asam macam ak n cik housemate. HiHi..

Alhamdulillah cubaan pertama menjadi n cik-cik housemate cakap sedap! Ok My MR Brown Eyes..Jom tawen!! *kegedixkan bermula..OMG..i'm now counting d day. 64 days to go..Rasa gedix tapi dalam masa yang sama nervous gila n sedih..tak pernah lagi ni jauh dari family...sob..sob.. :'(



:: Damaikan hatiku dengan ketentuanMU ::