Tuesday, 14 October 2014

Nasi Daging

Assalamuaikum...

Hai, today i ollz nak kongsi resepi nasi daging. Kerajinan terjadi apabila teringat nasi daging "mak mertua tak jadi" (gedixx) dan juga daging korban yang ada tu.. --> daripada membeku nanti baik buat terus..HeHe..Actually tak expert pun bab-bab hal dapur ni...main campak je. HiHi..Hasil men"goggle" sana sini. Maka terhasilnya NASI DAGING..jom check it out..

PERKARA PERTAMA : Rebus daging!! Sebabnya daging mentah ni lambat nak empuk. Ambil masa. So rebus la daging dulu then baru buat benda lain.

Tengah masak. 

Ni ropenye Nasi Daging i ollz..

NASI DAGING

Bahan-bahan :
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
3 cawan beras
1 paket perencah nasi daging / rempah kurma (mana-mana 1)
Daging (agak-agak la ye..kalau rasa nak byk, byk kan la)
Bunga lawang & Kulit kayu manis (serba satu sahaja untuk menumis)
Air rebusan daging secukupnya mengikut jumlah sukatan beras

Cara-cara :
1. Rebus daging sehingga empuk dan asingkan air rebusan tersebut untuk memasak nasi daging nanti. *jangan buang erk.
2. Basuh beras hingga bersih dan rendamkan 10-15minit.
3. Bancuh perencah nasi daging / rempah kurma tadi dengan sedikit air *jadi pes
4. Dalam periuk (periuk lain bukan rice cooker), panaskan 8 sudu minyak masak, then tumiskan bawang besar, halia, bunga lawang serta kulit kayu manis.
5. Masukkan perencah yang dibancuh tadi. *tumis sampai naik bau ye.
6. Masukkan air rebusan daging (ikut sukatan beras ye, mcm kita masak nasi biasa tapi lebihkan sikit airnya sebab nanti ada daging sekali), kacau sebati dan tunggu hingga mendidih.
7. Selepas mendidih, pindahkan kesemua bahan-bahan tadi masukkan dalam rice cooker. Kemudian masukkan beras dan daging rebus (daging potong kecik dlm 1 1/2 inci cmtu). Kacau then biarkan nasi tu masak macam biasa.
8. Bila nasi tu dah masak, biarkan dalam 15 minit then gemburkan menggunakan garfu.
9. Okeh siap..untuk dihidang, taburkan bawang goreng dan juga sup dan daun bawang.. *yang ni ceQ skip. 



Tadaa...air asam terbaik. *perasan siott..**

AIR ASAM

Bahan-bahan :
3 biji bawang besar dipotong
3 biji tomato dipotong
*10-15 biji cili padi
*2-3 biji cabai merah
*1 cawan air asam jawa
*2 sudu makan kerisik
*1 1/2 inci Belacan (boleh dilebihkan untuk lebih uummphh..HiHi)
*Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
1. Semua bahan bertanda * dikisar hingga sebati.
2. Then tuangkan je bahan dikisar tu ke dalam mangkuk yang berisi bawang besar dan juga tomato

#Air asam ni akan menghasilkan air asam yang banyak sesuai untuk penggemar air asam macam ak n cik housemate. HiHi..

Alhamdulillah cubaan pertama menjadi n cik-cik housemate cakap sedap! Ok My MR Brown Eyes..Jom tawen!! *kegedixkan bermula..OMG..i'm now counting d day. 64 days to go..Rasa gedix tapi dalam masa yang sama nervous gila n sedih..tak pernah lagi ni jauh dari family...sob..sob.. :'(



:: Damaikan hatiku dengan ketentuanMU ::


Monday, 15 September 2014

One step closer

Assalamualaikum...

Hai semua..hurmm..donno how to start nak story mory benda alah ni. Hikhik..Malu [gedixx siot]..
Majlisnya simple and ala orang dulu-dulu..Sarung cincin dalam bilik u ollz.



Actually esok genab sebulan jadi TUNANG ORANG  ^_~ Ya Allah..serius..unbelievable. All my friends terkezut ok. Maunya tak tkejut, dalam tak dak tu tetiba bertunang kan, memang terkejut beruk la..Hihi.. Tu la kuasa Allah. Sebagaimana lancarnya majlis haritu semoga majlis yang akan datang juga macam tu. Ameen.. Baju tunang adalah baju yang sepatutnya menjadi baju raya, tetapi telah dipadankan dengan tutu skirt..

Al-kisah nya sehari sebelum puasa 28 June 2014 (30 Sya`aban) my Mr. Sem jumpa my family for d 1st time. Dan tengah borak-borak tiba-tiba dia cakap dekat Abah ak, camni ayatnya.."kalau pak cik ok saya ingat lepas raya nanti nak nikah"..Pergghh.. [terkejut beruk]..Macam nak pengsan dengar. Adah rasa dia myb nervous kot, so cakap pun main cakap je..Hihi..Actlly maksudnya bertunang. Haha..Alhamdulillah selepas mendapat persetujuan maka selepas tu jumpa pula family dia. Alhamdulillah tarikh pun ditetapkan. 16 Ogos 2014 (20 Syawal) maka berlangsunglah majlis pertunangan yang serba sederhana. And now i'm waiting for d next step. Ak nak kawen weh!! [bestnyaaaaa....] Hahaha..Gatal!

 okey..dis is my DIY props. Masa yang terhad so hanya mampu DIY props sebanyak ni shj.


owh..I'M TAKEN ok!! ..gedixx..


Wednesday, 3 September 2014

Pillow again!

Assalamualaikum w.b.t..

Wuhuuu..Dah lama tak update. Bersawang dah.

OK.OK. Jom usha pillow-pillow yang diorder dan dah selamat pun kat tuan puan nya..hehe..


Ok ni order 3 serangkai..hehe..utk Anniversary n sekali untuk anak..hehe
tQ cikgu Zue ^_~
"That’s what people do who love you. They put their arms around you 
and love you when you’re not so lovable.."
~ Deb Caletti


MR & MRS pillow. Customer repeat order. tQ Cik Nie ^_~
Immature love says : "I love you because I need you." 
Mature love says : "I need you because I love you." 
~ Erich Fromm ~




Saturday, 24 May 2014

1 week Kursus

Assalamualaikum..

Hai..ceQ baru je habis kursus selama 5 hari. Kursus untuk disahkan di dalam jawatan. Before ni kursus induksi macam tu diorang buat 2 week. Tapi start dis year dikurangkan ke 1 week sahaja. 2 week? OMG!!! 5 hari pun rasa tah. Waaa >.< mengantok gila. Actually nak sharing dekat sini tempat kursus and penginapan ktorg. Kursus dijalankan di Grand Alora Hotel Alor Setar. Makanan memang tip top. Kenyang. Start daripada appetizer, soup, main course sampai ke dessert. Cuma ada sekali tu diorg nak buat redvelvet kot tak silap. Tapi keras ckit kek nya. Hurrmmm..1 tu je spoil. Lain semua ok. 

5 hari kat sini, aja juga la waktu rehat sejam 2. Tapi tak ke mana sebab kaki patah. Hehe..my car abah pakai balik Kampungku Perak. To andak meninggal. Al-Fatihah untuk arwah Tok Andak >.< sedih je tak dapat jumpa buat kali terakhir. Semoga tok ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Ameen.

Dewan ktorg kursus pun sangat-sangat ok. Mineral water atas meja sentiasa di topup + gula-gula. Bila kita semakkan dewan pastu rehat, masuk next session dah kemas. Pergghh.. Tak tau la kot ceQ ni peqha' kan. HiHiHi.. Ok dah cukup bab dewan kursus. Meh nak tunjuk bilik pulak. Mana tau ada yang nak g bercuti ke area-area Alor Setar kan. Jom kita view.. Ni bilik yang ktorg peserta kursus ni tinggal. Tersangat la selesa.


 :: katil yang selesa. sampai 1 hari tu bangun lewat. Buka-buka mata je tengok-tengok cahaya celah langsir ::

Nama je ada TV tapi tak sempat nak tengok. Program sampai tengah malam. Bila masanya nak tengok! 




Almari..ooopppss! sorry, almari ni dah disemakkan dengan baju i. Iron dari rumah ok. Takut tak sempat. Hihihi..


Ok ni plak pemandangan dari bilik. Pemandangan di pagi hari.

SELAMAT PAGI ALOQ STAQ!




Ok la setakat ni dulu untuk edisi kali ini. HeHeHe..will b continue InsyaALLAH ^_~



.: damaikan hatiku dengan ketentuan MU :.

Monday, 17 March 2014

Couple Pillow Again

Assalamualaikum..

Hai..
Today nak share pic couple pillow. Hurmm..lama tak update pic-pic terbaru hasil tangan
NSR Design & Collection. 

Ni antara pillow yang ditempah untuk Anniversary dan juga love pillow untuk reception day.
Jom usha...kalau nak tempah boleh direct PM ke page adah ye NSR Design & Collection

 "All married couples should learn the art of battle as they should learn the art of making love. Good battle is objective and honest - never vicious or cruel. Good battle is healthy and constructive, and brings to a marriage the principles of equal partnership.."

~ Ann Landers


"To be happy with a man you must understand him a lot and love him a little. To be happy with a woman you must love her a lot and not try to understand her at all.."
~ Helen Rowland



.: damaikan hatiku dengan ketentuanMU:.

Sunday, 9 March 2014

Put your trust in ALLAH

"Put your trust in ALLAH. ALLAH love those that trust in him."

Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan selain DIA. Bilamana kita bercakap soal percaya pada Allah kita juga sebenarnya sedang percakap mengenai sabar, redha dan juga ikhlas. Orang cakap sabar! sabar! sabar! mudah diucapkan tapi susah nak dilaksanakan. Bila mana kita rasa kita diuji dengan ujian yang kita rasa kita tak sanggup nak tanggung teruskan bersabar, carilah kekuatan pada DIA. 

"Jika engkau bersabar, takdir akan tetap berlaku bagimu dan engkau mendapatkan pahala. Jika engkau berkeluh kesah, takdir juga akan tetap berlaku bagimu dan engkau akan mendapatkan dosa." (Ali bin Abi Thalib)

Sungguh aku sendiri merasakan sakitnya dan beratnya ujian yang melanda sampaikan hilang selera makan, setiap hari asyik nak menangis, kalau bersendiri pun otak ni mula la nak pikir benda yang menyakitkan tu. Berbulan menahan perasaan. Sakit tau melawan perasaan tu. 

"Sometimes, to get the best out of life you go through some of the worst. No one said it would be easy. BE STRONG" 

Kadang rasa jalan tu dah mati. Macamna pun apa yang tinggal adalah BE STRONG. Kalau kita rasa kekuatan tu dah tak da, cuba cari kekuatan tu. Dia ada, dia wujud. Yakinlah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Tengok pelangi, hadir selepas hujan. Semoga jalan yang aku dan kamu lalui juga macam tu.hehe...mudah-mudahan...Amin..Kehidupan yang payah akan menjadi mudah dengan Doa. Jom sama-sama kita berdoa. Dan kalau berkesempatan boleh bangun malam tahajjud dan buat solat taubat. Mana tahu ada dosa-dosa yang tidak disengajakan. Jom sama-sama perbaiki diri kita.

Jom sama-sama hati ayat ni :- "Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia didalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandangan matamu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan matamu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah Allah sentiasa bersamamu.."

Semoga ada bahagia yang menanti..Amin..